Monday, January 31, 2011

siaran tergendala lagi

ketiadaan mood untuk berblogging untuk seketika.
rehat sekejap.Ada kerja yang harus diselesaikan dulu.
-harap maklum-


*bajet artis orang nk tgk blog hg.hoho

Friday, January 28, 2011

saya bukan sulaiman hokay!



Jeles-JELES-jeles!!!
Pasni nak tukaq nama waniezz nu'o nazir,.hehe boleh dak?
Kot la nak dapat Faizal lain ka..
ni FAIZAL TAHIR jugak!!oh NO NO NO!
nasib ni cousin aku.malas nak cari pasai.hehehe 
still tak puas hati gak!nak jugak camni..wuhuhu




Tengok la aku dapat pa.Sulaiman ja.Takda kaitan langsung!huh!
tapi takpa la nama nabi.hihi buat sedap hati.Plus nama bapak merpati puteh.hehe
pak cik leman,saya pinjam nama sat no..FB yang dok merepek bagi hat ni kat saya.huhu
marah depa tau!!saya innocent sangat-sangat ok.


nak nama pejai tahiaq gak!! :((


tak puas ati!

untuk cintaku yg sementara



Even let you go
Something had along
Forever will we go
The love is never shine

Its so hard to say
Since you far a way
Nothing got to do
The love is only end
To the end of time
I'll be missing you

Cinta kemana
Akan ku cari
Rasa cinta yang pernah ku miliki
Janji setia
Sehidup semati
Dan hanya waktu yang
Yang memisahkan kita
Namun semua
Telah berakhir untukku

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akan ku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukku
Kan ku ukir indah

Even let you go
Something had along
Forever will we go
The love is never shine
[ Ku Ukir Indah Namamu lyric found on www.lirik.my ]

Its so hard to say
Since you far a way
Nothing got to do
The love is only you
To the end of time
I'll be missing you

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akan ku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akan ku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akan ku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu


bukan saya ok!

KLIK utk bg pic gemok
Erk!petang tadi tersentap terok woh!huhu depa antaq notis ni kat emel aku.Mau tak kecut perut..haaa kan.Baru la dok kalot recall balik bila masa aku bukak website yang tak sepatutnya time kerja ni.Ada ka???Heran terok.hoho Padahal lambat lepa ja.Selalu time break la.line clear sikit!Tapi aku takda la sampai bukak Youtube.huhu that mean bukan aku sorang ja na.Aku abih kuat Fb ja okay.Tak pun cari jurnal.hehe bajet macam kat rumah takda internet.Saja cari alasan bagi nampak cam busy.hihi Dalam 10minit gak dok cuak sorang2.Tengok staf lain pun dapat gak.Takkan la sejak-sejak aku mai internet bandwith semakin bertambah.tak terasa pun!wek!!bukan aku sorang ja na..(nada takut-takut lagi) huh!takmau amik tau.klik je delete.

"IGNORE.TAK TERASA.IGNORE.TAK TERASA."

buto it

Thursday, January 27, 2011

ingatan untuk kalian dan diri hamba :'(

Gambaran Hari Kiamat


 
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.


- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.



(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

 
-lemah,hina.-

Tuesday, January 25, 2011

busybody vs. bodyguard ;(

Setiap orang mesti ada experience pasal curi-curi baca message kan?Ada yang "terkena" dan ada yang "mengenakan".Bagi aku tak payah kot nak selongkar baca unless orang tu dok sembunyi sangat-sangat.Perasaan ingin tau tu lagi membuak-buak kot!haha Better buat macam biasa ja.Takda sapa nak baca aih message dalam hp hang.hehe Ingatkan zaman sekolah ja ada orang sebelah or belakang dok usha-usha tengok kita hantar mesej pa.Rupanya zaman u pun ada.hoho 

Tapi aku langsung tak kisah kalau nak curi-curi tengok pun.Bukan aku tulis papa pun.Segan nak taip mesej bagi kat boipren depan membe??Alahhh depa pun tulih mesej lebih kurang sama camtu ja.tah-tah lagi jiwang karat!hihi Sebenarnya aku baru ja "terkena".Tak sangka depa dok ngendap dari belakang tengok aku hantar pa kat boipren.Taik betoi!haih!!

Sedar-sedar aku terdengar sora orang dok bincang kat belakang.Ni yang aku ingat la depa kata pa.

si F:"sapa BABY,sapa B??"

si H:"dia la B,laki tu BABY."

Aku toleh belakang laju-laju nohorom!dok skodeng mesej aku.Siot ja F dan H ni.hehe  Boleh dok discuss pasai ni.Dok diam-diam cukup.hahahaha lawak pun ada hampa ni.
Last-last aku pun explain position yang sebenar.

aku:"Baby tu aku,B tu dia la.."

Muka depa dok heran terok..hihihi
mesej yang depa skodeng tadi:  "b dah tak marah baby kan."

si F dan si H:"awat dekat word 'kan' tu takda tanda soal pun?"

hahahaha laju-laju aku gelak.mampoih p la nak taip tanda soal ka x even mesej tu memang menunjukkan ak tanya kat dia tu..hihihi
Nasib FF ada tolong back up gelak kat depa dua.hihihi u all ni nakal naa....
padan muka aku post kat sini.hehe F dan H,rilex ar weh.jangan marah lak.Kenangan kot!Aku pun tak marah hampa skodeng tu.Saja nak heboh plus buat terok!
kan dah cakap payah jadi artis!!banyak paparazi.. ;P

P/s:skodeng dan kaji betoi2 dulu baru discuss.hehe


artis berkenaan. :)


muahahaha!