Saturday, April 30, 2011

resah

Malam ini begitu sepi,dingin dan hanya berteman bunyian sang cengkerik.Melihat jam baru pukul 3.30 pagi.Apa kekusutan yang terlalu aku fikirkan?Selama ini aku tak pernah mengendah perasaan duka aku.Aku semahunya ingin simpan biar terperuk dalam hati yang selamanya hancur berkecai.Tiada guna jika ingin dilepaskan mahu pun diluahkan.Tiada orang yang mahu mendengar kisah cinta yang bangang dan begitu membosankan.Aku menarik nafas panjang dan melepaskan perlahan seakan-akan ingin membiarkan seluruh kekecewaan itu pergi menjahanam.Terus aku capai nescafe kelat yang telah hampir sejuk di birai katil.

Duduk sambil membilang nasib.Hati tiba-tiba menjadi sebu.Oh tidak!Aku dah penat rasa sebegini dan nafas kembali tersekat-sekat.Malam ni langsung tiada nafsu untuk menulis puisi sampah aku.Alih-alih cerita sedih.Memang aku tak layak untuk menjamu kegembiraan?Terlalu ajaib kalau aku sebegitu.Besar sangatkah dosa-dosa silam aku?Kadang-kadang rasa Tuhan itu langsung tak adil.Kenapa aku saja yang harus diuji kencang?Helaan nafas terpaksa dilepas ringan walaupun begitu payah.

Mungkin ada orang cakap aku tengah berdrama swasta sekarang.Realitinya tak.Aku tak pasti apa benda yang patut aku kesali.Aku rasa aku manusia paling bodoh.Aku yang ciptakan hati aku macam plastik.Tak lut dengan kata-kata.Aku tak pernah teropong kata-kata nasihat yang telah dibagi.Terlalu degil.Rasa macam nak ambil pisau cungkil hati biar kosong.Alangkah bahagianya kalau diri boleh jadi macam robot.Tiada perasaan.Kalau ada pun macam ada yang nak menghargai.Lebih bagus lempar bagi anjing baham dapat juga pahala.

Entahla.

Makin difikir makin tiada penghujungnya.Resah sampai sesak nafas.Celaka babi.



3 comments: