Showing posts with label arau. Show all posts
Showing posts with label arau. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

busybody vs. bodyguard ;(

Setiap orang mesti ada experience pasal curi-curi baca message kan?Ada yang "terkena" dan ada yang "mengenakan".Bagi aku tak payah kot nak selongkar baca unless orang tu dok sembunyi sangat-sangat.Perasaan ingin tau tu lagi membuak-buak kot!haha Better buat macam biasa ja.Takda sapa nak baca aih message dalam hp hang.hehe Ingatkan zaman sekolah ja ada orang sebelah or belakang dok usha-usha tengok kita hantar mesej pa.Rupanya zaman u pun ada.hoho 

Tapi aku langsung tak kisah kalau nak curi-curi tengok pun.Bukan aku tulis papa pun.Segan nak taip mesej bagi kat boipren depan membe??Alahhh depa pun tulih mesej lebih kurang sama camtu ja.tah-tah lagi jiwang karat!hihi Sebenarnya aku baru ja "terkena".Tak sangka depa dok ngendap dari belakang tengok aku hantar pa kat boipren.Taik betoi!haih!!

Sedar-sedar aku terdengar sora orang dok bincang kat belakang.Ni yang aku ingat la depa kata pa.

si F:"sapa BABY,sapa B??"

si H:"dia la B,laki tu BABY."

Aku toleh belakang laju-laju nohorom!dok skodeng mesej aku.Siot ja F dan H ni.hehe  Boleh dok discuss pasai ni.Dok diam-diam cukup.hahahaha lawak pun ada hampa ni.
Last-last aku pun explain position yang sebenar.

aku:"Baby tu aku,B tu dia la.."

Muka depa dok heran terok..hihihi
mesej yang depa skodeng tadi:  "b dah tak marah baby kan."

si F dan si H:"awat dekat word 'kan' tu takda tanda soal pun?"

hahahaha laju-laju aku gelak.mampoih p la nak taip tanda soal ka x even mesej tu memang menunjukkan ak tanya kat dia tu..hihihi
Nasib FF ada tolong back up gelak kat depa dua.hihihi u all ni nakal naa....
padan muka aku post kat sini.hehe F dan H,rilex ar weh.jangan marah lak.Kenangan kot!Aku pun tak marah hampa skodeng tu.Saja nak heboh plus buat terok!
kan dah cakap payah jadi artis!!banyak paparazi.. ;P

P/s:skodeng dan kaji betoi2 dulu baru discuss.hehe


artis berkenaan. :)


muahahaha!






cont....Diariku di Araustralia,Perthlis.

Ini sambungan dari Day 1 semalam..


Day 2.


Adoi!Berat gila kepala nak bangun pagi ni.Dah lama sangat dah tak pi ceramah-ceramah ni.Maksud kelas pun dah lupa apa benda.haha belagak gila kan!Ye pagi ni ada bengkel penulisan untuk FYP la.Konon-konon semangat nak pi dengar.Start pukul 830am sampai pukul 12pm lebih if im not mistaken la.hehe bukan alert pun.Sumpah aku tak dapat pape input pun.Tak focus langsung.Yang aku pasti kami dok tak abis-abis borak dok sambung cerita semalam.


haha Topik hangat mestila pasai tempat intern pastu pasai boipren.haha takda keja lain dah,haih!Aku haram tak salin pape pun masa tu.Dok bergelak sakan then usha-usha handphone baru depa ni.Pakat bau kedai semua noo..Hat yang kata tak minat gadget tiba-tiba pakai c6 ooh!haha Yan jangan terasa.hihi  Macam biasa amik pic jela keja.Dah tak fokus kat ceramah tu.Venue macam tak sesuai.Ok tak mau komplen banyak.


muka sekoq2!


cik pipi hp baru kot!tok nek nak tgk sat!

manja ye dia!i like!
Pastu abih!!yeay dah la balik zero je.Dalam kepala otak nak jumpa depa ni ja.So tak rugi pun mai sini.hehe Ok nak balik melepak kat tempat lain pulak.Sekali vios bapak yan rosak maa,.Bateri low.Penat cari abang mekanik kena guna jumper lak.Thanks to Awaih sebab tolong settlekan problem kami.Biasa la kami sentiasa "natasya" bernasib malang selalu.huhu Badi mana mai taktau.Dari dulu lagi dah lali sangat weh.


Balik rumah apa lagi bantai tidur maa.Taktau kenapa letih sangat.Orang lain semua dh blah tinggal aku dengan patin ja.Adoi la burung berak sekilo atas seat moto.Jahanam!!huh!tak kira nak tidoq gak tak mau cuci lagi.Sekali bangun tengok-tengok moto dh bersih ada orang cucikan..hihi sweet la awak ni FF.,maseh!Petang tu lepak minum dengan Bsayir dan mawi sekali lagi plus adib.Sembang merepek!Gosip panas woo!ok cukup!
Malam ni tidoq kat rumah kema.Larat nak bayaq rumah tetamu tu banyak2.huhu Jom pi Jitra Mall tengok midnite Khurafat!Ni ja mini Pavi kami ada.




Overall cerita ni best gak la.Bagi aku seram dia medium.Tapi plot muvie ni lain sikit la dari kebiasaannya.Ada pusing-pusing sikit dan buat kita lagi nak tau sapa punya angkara buat benda-benda khurafat ni.3/5 la gua bagi..Tapi hantu kak limah gua bagi 5/5!hehe mantap terok!


muka b4 ber"khurafat".
Then balik tidoq tak ingat pape dah.Pocong ke mana mayat ke mana.Dah tak sempat nak bayang papa.Hanyut dalam mimpi lagi..zzzzz...zzzzz
Sambung besok untuk day3..




penat!


Monday, January 24, 2011

diariku di Araustralia,Perthlis.

Boleh tak rasa macam weekend ni paling terbaik dalam dunia??hahaha sebenarnya tak expect pun nk rasa syok macam ni.Ho la dah lama kot tak jumpa geng-geng arau.Rasa rindu terok ooo...Even dengan orang yang tak pernah rapat pun..Rasa sedih masa nak cakap "bye,bye!"....Macam nak lepak denga semua orang tapi mana la sempat kan.huhu kebahgiaan terpancar bermula hari Jumaat..hihi


DAY 1:


Hari Jumaat la der!Pagi tu aku terpaksa pi kerja jugak even hati dah tak tertahan nak pi arau tercinta.Kalau ikut-ikut memang balik pukul 5 la.Ada aku kesah ka balik kol berapa?tudia buat perangai selalu.hehe Tepat pukul1 apa lagi choww balik rumah terus la.Bukan depa sedaq pun aku ada ka tak kat opis memandangkan hari tu memang takda keja apa satu pun nak kena buat.


Sampai rumah siap-siap apa yang patut.Berbekalkan RM5 aku pun bagi "abg KCV1729" lunch dulu sebelum gerak pi arau.Weee!!arau here i come!!tudia buat terok.hahaha betoi la rasa tak sabaq nak sampai.hampa mana tau syok lagu mana tempat ni..hihihi kalah las vegas!!Siap-siap dengan playlist lagu yang akan menghiburkan aku satgi supaya aku tak mengantuk.Bertolak pukul 330pm then sampai dalam sejam 15minit pastu..Elok bontot dah kebas semua baru nampak flyover warna biru kuning belang-belang tu.


Laju-laju pi amik Patin tok ngah kat rumah tyqa.Tak dan nak rehat lagi belengaih terok dah!Ajak depa pi minum.Depa tu Mawi dengan basyir la kot!haha Atas cadangan basyir yang nak minum dekat Fatin corner,akan kami tunaikan.hehe tuff!!!amik hang sembang tak mau-mau.Nak maghrib baru balik.Dok story experience masing-masing masa praktikal.Mawi dok cerita harga beer kat hotel dia kerja,.RM17 woo sama harga dengan mineral water tu.Baik beli beer je.haih!!Basyir lak dok kalot nak cerita dia kena jadi pencacai beli milo ais.hehe dah tu lebih boleh bawak balik.Syok kot kerja kat pejabat agama boleh ikut depa buat OPS maksiat..mana nak dapat kat tempat lain.betoi dak SYIAQ??patin xpa la buat kerja "senang-lenang" ja tak macam kami ni..huhuhu "Perli".


Agak-agak dah cemuih tengok kangaq,kami pun balik arau.Kalot nak pi amik kunci rumah tetamu Uitm.haa jangan ingat takda.Aku yang dah part6 pun baru tau kewujudan rumah untuk disewakan kat tetamu.Selesa kot!BAyar Rm60 dapt dua bilik,satu master bedroom,bilik bujang,living room yang ada sofa L-shape,tv flat screen(aku tipu)..nak sumbat 10orang pun boleh aih.


l-shape betoi ok!
tenang kan pemandangan dari rumah tetamu.hihi




Tapi kalau nak stay sini still boleh ja masuk lambat-lambat.Pandai-pandai la kelentong pak guard tu.Pompuan senang ja.."wink-wink" sikit kompem boleh punya.hihi hari tu kami masuk pukul 1pagi lebih.orait ja. ;) 


Before tu gathering ramai-ramai dulu diner free!!Sapa takmau.haha padan muka Arziha kami nak gak makan perabih semua.Padahal dia yang makan banyak masa tu.Pulon siakap semua patut tonggek ja pastu.hehe jangan marah naaa orang tua Gee.Gelak sampai nak meletup perut!Bahagia la katakan.Dah kenyang teruk sebab makan free.Buuuurrrrpp!!!kami semua pun pi karok secara berjemaah.Tapi aku heran awat tak kena bayar pun.Nyanyi saja ja depa tak mintak duit pun.hehe Sampai sakit tekak.nooohhaaaii!!


Badan dah rasa lemah gila.Mana tak nya,sampai arau dengan sakit pinggang,bonton tak sempat pun lagi nak baring-baring.huhu seronok punya pasai.Ok mari balik rumah tetamu kita!Jumpa geng housemate pulak.As usual,Izat cik pipi,Fatin combi!Mengarut lagi pagi-pagi buta.Sembang tak sudah-sudah.Besok tu dah nak kena bangun awal,.Pastu terlelap tak ingat papa dah aih.Hanyut dibawak mimpi...wuuuuuu..MIMPI..MIMPI..MIMPI....


maaf siaran tergendala kejap.to be continue besok pulak untuk day2..tunggu...heheheheh




puas!

Friday, January 7, 2011

arau dan klcc..

Hari ni pulak aku takpi kerja.nak pergi araustralia katanya.hahaha bukan nak pi melancong kat sana saja nak melawat kawasan yang indah permai tu..hihi dengaq kata dah da KLCC mini kat sana tu yang semangat nak pi tu..haha padahal...ok takmau sambung...Aku pi jumpa advisor jela nak bincang sal draf tesis tu..cey konon cam hebat ja kan.takda maknanya..tapi memang btoi la nak tanya lecturer tu macam-macam sal tajuk tesis aku tu.bulan 4 nak kena submit dah..haih!risau bebenor!siang nak kerja malam buat benda alah ni...ahaha kadang-kadang cari info sal tesis ni dekat facebook memang HAKIKATnya tak jumpa la..

Sampai kat sana rasa perasaan yang satu macam.syok pon da sedih pon ada.dahla sorang-sorang rasa lain sangat.on the way nak masuk u lalu dekat kedai nasi lemak TEJA.sedih gila!!selalu da gap class mesti belasah nasik lemak kat situ plus dengan teloq goreng sexy!!pastu lalu pulak depan kedai makan RPA.lagi la terus dok terbayang izat pi beli nasik dengan helmet dia yang takmau bukak tu takot ilang..hahaha.fatin z pesan makanan n lauk yang takleh lebih dari rm3.hihihi yan tak abeh dengan ayaq neslo dia.ff direct diet..makan sikit gila. ikan bakaq cicah dengan ayaq asam busuk dia tu!!huhu pas settle discuss semua benda pun aku ingat nak balik terus la..no point dok situ lama-lama.singgah jap kt rumah no.42..WAWAWAWAWA lagi sedih terok!!rumah yang paling macam SYURGA tapi usang..banyak nak mampos kenangan.ok enough!takmau tulih banyak satgi gheyiaw macam hari tu...sob..sob..


geng bahu goncang