Saturday, April 30, 2011

resah

Malam ini begitu sepi,dingin dan hanya berteman bunyian sang cengkerik.Melihat jam baru pukul 3.30 pagi.Apa kekusutan yang terlalu aku fikirkan?Selama ini aku tak pernah mengendah perasaan duka aku.Aku semahunya ingin simpan biar terperuk dalam hati yang selamanya hancur berkecai.Tiada guna jika ingin dilepaskan mahu pun diluahkan.Tiada orang yang mahu mendengar kisah cinta yang bangang dan begitu membosankan.Aku menarik nafas panjang dan melepaskan perlahan seakan-akan ingin membiarkan seluruh kekecewaan itu pergi menjahanam.Terus aku capai nescafe kelat yang telah hampir sejuk di birai katil.

Duduk sambil membilang nasib.Hati tiba-tiba menjadi sebu.Oh tidak!Aku dah penat rasa sebegini dan nafas kembali tersekat-sekat.Malam ni langsung tiada nafsu untuk menulis puisi sampah aku.Alih-alih cerita sedih.Memang aku tak layak untuk menjamu kegembiraan?Terlalu ajaib kalau aku sebegitu.Besar sangatkah dosa-dosa silam aku?Kadang-kadang rasa Tuhan itu langsung tak adil.Kenapa aku saja yang harus diuji kencang?Helaan nafas terpaksa dilepas ringan walaupun begitu payah.

Mungkin ada orang cakap aku tengah berdrama swasta sekarang.Realitinya tak.Aku tak pasti apa benda yang patut aku kesali.Aku rasa aku manusia paling bodoh.Aku yang ciptakan hati aku macam plastik.Tak lut dengan kata-kata.Aku tak pernah teropong kata-kata nasihat yang telah dibagi.Terlalu degil.Rasa macam nak ambil pisau cungkil hati biar kosong.Alangkah bahagianya kalau diri boleh jadi macam robot.Tiada perasaan.Kalau ada pun macam ada yang nak menghargai.Lebih bagus lempar bagi anjing baham dapat juga pahala.

Entahla.

Makin difikir makin tiada penghujungnya.Resah sampai sesak nafas.Celaka babi.



Thursday, April 28, 2011

Emosi Palsu

Malam itu ternyata hanya aku dan dia
Rambutku dibelai lembut seperti uda dan dara
Mata aku hanya terpaku melihat matanya
Aku tahu selamanya aku tak mampu memiliki dia

Raut wajahnya demi usapan ku hayunkan
Wajah tidur dia buatkan hati setenang langit
Aku terlalu rindu dan ketika itu lamunan terputus
Sampai mati aku tak mampu menggamit senyuman itu

Letih erat tangannya aku genggam
Dia pun begitu
Girangnya berterbangan ke ufuk fantasi
Namun aku sedar hatinya hanya menyentuh palsu

Suatu hari dia tiba membawa harapan
Aku seperti menunggu menadah azimat
Dendangan siulan itu membuat aku terasa getir
Nafas tersekat tika “dia tak pernah menyintai aku”.

Saturday, April 23, 2011

tak malu



Hoih!kenapa sekarang aku baru teringat yang lagu Nora Zain tu Komplot punya.hahaha
Patut la hari itu pi event Frinjan tu mamat Bittersweet tu tak layan aku jerit Nora Zain banyak-banyak kali.Mesti dia kata aku poser teruk!hahahah sori-sori.Aku dah lama tak dengar lagu indie dan dah lama tak pi gig.Dah lupa teruk maa.Malu tak terkata.hahahahahahahah Gelak ja mampu!



Thursday, April 21, 2011

kelegaan selepas tiada


Kelibat itu sering saja aku nampak
lalu-lalang menyusun nista
bumi luas membulat
kenapa mesti aku?

Kelibat itu menjenguk bisu
kadang-kadang aku takut
ngeri memikir wajah penipu
bau saja wangi tapi rupa tetap hodoh

Kelibat itu tiba-tiba menyepi
mungkin dia tahu aku sedar
lantas aku beranikan diri
mencari di ruang pusaka keliru

Kelibat itu hanya kaku
mungkin sudah penat mencipta alasan
perlahan aku dekati
hanya derapan tapak menemani

Kelibat itu sudah mati
baru hilang curiga yang bertandang
aku lega tiada siuman
hanya senyuman menjadi kafan.

Wednesday, April 20, 2011

Jangka hayat gadis anggun.

Tadika
First time belajar secara rasminya masa umur 6tahun.Masa tu terlupa bawak berus gigi pun menangis.Bapak datang ambil lewat pun menangis juga.Kecik-kecik pun dah ada musuh sebab selalu berebut mainan masak-masak waktu rehat.


Sekolah rendah
Kenapa kebarangkalian terberak cirit dalam seluar terlalu banyak masa ni?Mungkin terlalu obses dengan nasi kandar mamak Karim.Aku sangat fobia dengan cikgu math yang garang suka ikut mood based on warna baju yang dia pakai.Obses dengan politik juga padahal bangang tak tau mana satu yang permata atau kaca.Tak pernah jatuh cinta.Tak paham macam mana depa boleh main kahwin-kahwin dan kenen-kenenkan orang.Suka main rumput "janggut Nabi Muhammad".Jangan tanya kenapa nama rumput tu macam tu dan berkebolehan bergerak sendiri merayap dalam baju.Lagi satu benda yang aku macam terbodo bila teringat.Kalau homework tak buat berlakon demam dan minta kebenaran nak balik rumah.Al maklum la rumah depan sekolah.Kentut pun boleh cam sapa punya bapak punya ka mak punya ka abang punya.


Sekolah menengah
Masuk emaresem tapi still tak faham patah pasal cinta dan apa itu lelaki.Tak suka sangat cerita masa ni.Tak tau kenapa jangan tanya.


Lepas SPM
Aku bercinta secara serius dan konon-konon first love.Part time merata tempat pelusuk alam.Mula jumpa macam-macam ragam manusia.Kena marah dengan bos pun boleh menangis.Lembik!Kehidupan paling merdeka yang panjang dan terlalu bebas.


Matrikulasi
Tempat mengaji yang paling best walaupun getir.Setahun yang gila babi penuh dengan kenangan dan dikelilingi kawan yang super se-otak.


Unibersiti (maktok cakap)
Pahit.Masam.Manis.Tawar.Pedaq.Semua ada.Boleh kenal mana satu kawan mana satu anjing.Tak payah cerita.Terlalu banyak kehidupan loser dari kehidupan menyeronokkan.Putus cinta macam pundek.Kawan super duper seronok yang menghairahkan.Belajar hanya ringan-ringan tapi tak pernah failed atau repeat.Maintain pemalas tegar.Habis degree.


Graduasi
????????


Kerja
??????zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.






Seterusnya,tak terbayang.Sungguh!

Tuesday, April 19, 2011

tuah




Si Pencinta,
terlalu sukar untuk percaya
kau tiba semula
seperti sinar mentari menyubur pagi


Si Pencinta,
bawalah garapan tulus
bersama bayang-bayang aku
terbang ke pelusuk syurga khayalan


Si Pencinta,
jangan lupa gerhana semalam
kemahuan aku setidaknya mahal
cukup senyuman manis sederhana


Si Pencinta,
penantian sepedih naif
lumpuh perasaan kini terubat 
terima kasih mampu dibagi.

Monday, April 18, 2011

FYNN JAMAL-Sampai Tua


kasih
kesatkanlah airmata
ku dah tiba
kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua
ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu
mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut
takkan ku takut
takkan ku takut
takkan ku takut
kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita

kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua
ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu
mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut
takkan ku takut
takkan ku takut
takkan ku takut
dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap kita berpimpinan berdua
sampai tua
aku ada
sampai tua

shanananana!

Kau fantasi aku
membuai-buai lena
tidur malamku nampak bercahaya
sunyi,enak,empuk.

mari duduk bersamaku
membilang bintang kecintaan
singgah sekejap di kamar rindu
hanya kita cukup indah

akan ku peluk rapi
buang segala sampah hibamu
ingin ku lawati taman kehancuranmu
mahu suburkan dedaun asmara

kita tetap berdua
ribut kencang harap ditepis
mimpi semalam terlerai longgar
mungkin esok tumbuh bahagia


Sunday, April 17, 2011

GILATAKPERCAYA

MODE:Buat tesis sampai muka macam pepijat.


Esok tiba masa yang dinanti-nantikan selama penghidupan aku sebagai seorang student degree yang bertauliah.hahaha gampang nak mati.Selepas hari esok tamatlah riwayat kerja-kerja dan assignment.GILATAKPERCAYA!Rempuh saja bukan nak pi mati pun.


Antara methodology yang bakal menyusul selepas hari esok:


  • tidur dengan lapang dada tanpa perlu mimpi lecturer tanya soalan gila susah nak mati.
  • Layan diri sewajarnya sebagai seorang wanita yang masih SINGLE.
  • Berbabikan diri dengan aktiviti-aktiviti mengarang sajak yang tak berapa nak power.
  • MengKEBOBOSkan diri
  • Gosok daki.
  • Bermuka buku,online,game puas-puas macam esok nak kiamat.
  • Berholiday dengan itu dan ini.teeett!

Friday, April 15, 2011

i rindu u

Boleh dak kata RINDU bebelan dia
Boleh dak kata RINDU repekan dia
Boleh dak kata RINDU marah-marah dia
Boleh dak kata RINDU merajuk dia
Boleh dak kata RINDU hila tawa dia
Boleh dak kata RINDU bau ketiak dia
Boleh dak kata RINDU Versace Blue Jeans dia
Boleh dak kata RINDU cubitan dia
Boleh dak kata RINDU pelukan dia
Boleh dak kata RINDU Macbeth dia


Boleh dak kata RINDU SEMUA PASAL DIA!

Thursday, April 14, 2011

Pura-pura

Makin hari makin terpapar rasa itu.Tapi tak pasti dengan perasaan sendiri.Realiti atau khayalan.Rasa takut nak berharap untuk keseribu kali.Berpura-pura tenang mungkin.Hati dah tepu dengan janji-janji yang belum pasti dikotakan.Hanya berkepuk tak pernah disentuh.Aku redha aku sedar.Pasrah.

panas

bumi merekah lagi
merekah bibir
merekah hidung
merekah mata


ibu sang mentari merah
garang membuka pancaran
membakar ruang-ruang keredak
yang acap kali lekang mengelupas


air di kali terserap
tiada lagi rimbunan menyegar
haba panas kering kontang
rajukan gerimis yang pasti berpanjangan

Wednesday, April 13, 2011

buih vs layang-layang

Pandangan ilusi hanya nampak satu
sekawan buih-buih mewarna pelangi
bebas berterbangan
bebas ditiup dahanan bayu

luarannya tampak cantik
lalu datang si gadis kecil bermain riang
buih-buih ditiup satu-persatu
membuka sayap tanpa disekat

maka datang ke mari si lelaki kecil
berlari-larian ke hamparan lapang
menepuk buih-buih hilang kesannya
gelak tawa yang hanya sarkastik

teresak sayu hati si gadis kecil
hanya mampu melihat terpaku
hancur telah buih-buih indah
kini tiada apa yang tinggal

si lelaki kecil bertemankan layang-layang
tatkala sedang leka bermain
layang-layang tersangkut di dahanan karma
si gadis kecil hilai tawa kepuasan

masalah

Tak suka rasa down.Tak suka rasa sedih.Tak suka rasa diperbodohkan.Tak suka!Tak suka!Ada ka orang suka?Tapi takda la seteruk yang disangka.Well,sekarang rasa lagi tenang.Cuma kadang-kadang ada la juga rasa tak sedap hati bagai.Apa-apa pun aku tetap rasa bersyukur dengan keadaan sekarang.Tuhan Maha Adil.Dia dah bagi apa yang aku nak sebelum ini.Cuma masa yang diberi agak lama.Macam-macam benda terpaksa ditempuh seorang diri.Ingat memang tiada harapan dan Tuhan memang tak mau bagi dah.Orang kata still nampak cahaya.Aku harap sangat keadaan sekarang akan berterusan dan bertambah baik.Hati kena strong selalu.Yang penting perlu belajar untuk "Expect an Expected".Macam biasa hidup ni macam roda.Mungkin sekarang aku tak sampai lagi tahap kat atas sekali.Baru nak naik sikit rasanya.Kena banyak bersabar.Cakap memang mudah.*^&*^!)&@)!*(&(*!) Nak buat tu penat!Kena banyak kerahan tenaga jiwa rohani.Buat masa ni aku ok.Macam yang ditulis tadi.Harap benda ni akan berterusan.Tu ja.Tak mau minta yang lain dah.Ok TITIK!

Awi Rafael-Pulanglah


Buka lah mata dan lihat dihadapan mu
Aku berdiri tegak tapi kau tak Nampak
Hodohkah aku? sering kau campak saja
Banyak yang dah ada yang aku tak ada

Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku yang tetap menanti kamu
Berikan jawapan

Chorus

Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu

Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu aku damping

Aku berjalan di kota kuala lumpur
Semuanya Nampak berbeza tapi ku sama
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku yang tetap menanti kamu
Berikan jawapan

Chorus

Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu aku damping owh




Tuesday, April 12, 2011

bahasa longkang

Hari ni hari leteran sedunia.Aku terpaksa menadah telinga sebanyak 2000 tan bait-bait leteran daripada mak aku.Sebab?Aku jatuhkan periuk dalam longkang depan rumah.Selalu mak aku akan kumpul sisa-sisa makanan dalam periuk kecil dan kemudian akan dibuang dalam longkang depan rumah.Entah kenapa hari ni mood rajin kutu babi datang kat aku.Lalu dengan niat suci berhati tulus maka akan ku buang sisa-sisa tadi ke dalam longkang tersebut.Lagi sekali ingat nak jadi anak paling rajin dalam dunia tapi lain pulak.Taktau kenapa tangan cacat ni parkinson tiba-tiba.Maka jatuhlah periuk canggih kesayangan mak aku tu.Nak ambil balik?No,no,no way!!Bau pun dah tau masakan aku mampu nak terjun ambil.Cukuplah merasai pengalaman pijak tahi lembu yang masih panas baru keluar dari oven.Tapi tidak untuk kali ini memandangkan bau teramatlah hina seperti kubang kerbau pencen.Memang seperti yang dijangka.PRUNG!PRANG!PRUNG!PRANG!Demi hayunan flying kick mak aku persembahkan.Seperti yang dijangkakan juga,aku sebagai anak yang paling baik tadi tidak akan melawan cakap walau setitik nila sesikat banana.Mood hilang entah ke mana.Nak message dia tapi kreditnya tiada.Miskin sungguh tapi tetap kaya budi bahasa.Tutup tesis,tutup laptop,tutup pintu bilik,tutup mata.

sakit.

Buat apa nak bergaduh sebab gua.Gua Bangkai.Gua Bangang.Gua Babi.Gua paling Hodoh.
Gua janji selepas ni gua tak akan sebelah mana-mana pihak.Gua Benci.Gua Sayang KEBOBOS.
Gua betul-betul bengang!

paip rumah bocor lagi

tap!tap!tap!
demi titisan menghempas lantai
lalu berkecai seribu anak
sama seperti hati ratu
yang berkecai terhempas


tap!tap!tap!
lagi titisan menghempas lantai
maka dijilat sang pendahaga
yang hauskan mimpi dermaga tulen
tulen yang selalu beralih palsu


tap!
tap!
tap!
tap!
tap!
tap!


bila beribu titisan menghempas lantai
ada satu yang setitik megah
tapi tiba waktu berhenti
tiada lagi yang bermegah.

Monday, April 11, 2011

Bapak kebobos baru update!




northern youth independent writer
come join us
we make you become writer / supporter
for our
book / zine / blook / whatever / etc

contact us for more info :

hakim dengkoi (writer)
natuya (supporter / dengkoi's assistant)
ayie (tukang kritik)
tia sarah (supporter / ayie's assistant)
miena ramlee (writer)
zulhelmi ramlee (writer)
cookie jar (writer/singer)
subliminal verse (writer)
loki (writer)
adi robai (writer)
farel (writer)
ikhwan (writer)
haziq pratama (writer)
gelas pecah (writer)
apai (writer)
eya azmi (writer)
nurarnida sabrina (writer)
pali naim (supporter / cameraman)
siti cat berbelang (supporter / camerawoman)
mat akim (supporter / rythym guitar / vocal)
kufusairi (supporter / bassist)
najib bolon (supporter / drummer)
ashraf ibrahim booboo (supporter / lead guitar)
noor baizura a.k.a uya awek ap (supporter)
ashraf ameri (supporter)
ijam a.k.a nizam mansor (supporter)
pami wo a.k.a pami jamaludin (supporter)
onitsuka bao (supporter / capitalist)
mizi apun (supporter)
lala siti (supporter)
along apun (supporter)
aiman shahbila a.k.a hartmann manfredo (supporter)
angah a.k.a kita pening (supporter)
pojan gengster taman delima (supporter)
along bidik (supporter)
mad din (supporter)
muti rahman a.k.a toq (supporter)
cebok a.k.a faris (supporter)
hatim hardcore a.k.a nescafe ais (supporter)
encik own socso (supporter)
encik rusly time dot com (supporter)

for more info:

Join us at www.facebook.com/Kebobos
http://kebobos,blogspot.com

Coklat moist buatan hingus pekat

Burrp!!Yeay makanan first aku balun hari ni tepat jam 17.46.
Mak aku baru balik kerja dan ada beli kek coklat kegemaran.Aku memang stupid kebulur dalam masa yang sama.Aku dengan pantas menerkam bekas plastic lutsinar tu.Nyum!Kunyah laju sampai lenguh mulut.


"Tu  mak beli kat sekolah Pendidikan Khas.Depa buat sendiri dan jual".


Erk!!!terus terbayang budak-budak Pendidikan Khas masa aku sekolah rendah dulu.Depa main hingus hijau calit-calit dekat kantin sekolah.Terbayang juga ada budak tu masa aku darjah 5,dia kejar budak-budak sekolah lelaki sambil angkat kain.Pandai noo depa buat kek.Coklat moist pula.Tak jadi nak sambung suapan seterusnya.Bukan menghina.Bukan.Bukan.Tapi tengah terbayang dan teringat masa nak makan untuk suapan ke 15 kali.Ok simpan balik dalam bekas lutsinar tadi.Ingat nak sambung makan esok lusa ja.Maybe.Agak-agak depa dah tak main dah kot calit-calit semua.Zaman moden.Harap begitu."Jahatnya hang Miena pikiaq lagu tu!",marah cik Siti Momot dari sangkarnya.Ok-ok.Esok lusa aku makan la.Nak makan semut banyak-banyak malam ni nak bagi lupa ingatan supaya aku dah tak fikir benda pelik-pelik.Otak kecik hang ni Miena!

KEBOBOS issue #1

pergerakan agak slow semenjak 2 menjak 3 menjak 4 menjak ini... KEBOBOS akan active sepenuhnya pada bulan MAY ini... thanx for waiting guys... zine dijangka release bulan JUN atau JULY ini... insya-Allah

kepada yang masih belum memahami dan masih keliru, berikut adalah sedikit penerangan, bukan menteri penerangan

projekrabak will be always projekrabak... projekrabak power, macam power rangers... projekrabak akan menjemput beberapa rakan kebobos join event projekrabak 7hb MAY nanti... kebobos will be there, will support projekrabak... event diorang memang power.. event tersebut diberi nama CHILL-LAH #3... tapi, kami hanya community kecil-kecilan dan masih belum ada event... dan kami adalah budak baru belajar... dan kami bercita-cita tinggi nak release zine... kami hanya ada projek nak buat zine and thats all... kami tak active lagi buat masa ni... bulan MAY ni kami akan active... bulan JUN atau JULY dijangka zine pertama akan di-release... kalau anda ingin ada tulisan anda dalam zine kebobos nanti, do contact us

credit to:Blog kebobos

http://kebobos.blogspot.com

Projek Rabak

tajuk di atas ada kena mengena dengan entry post ini

Projek Rabak merupakan sebuah community di ipoh, perak yang power, pernah menampilkan hakim dengkoi dan miena ramlee (admin KEBOBOS) dalam event mereka

"a collective, group of musicians, writers, poets, designers, photographers, filmmakers etc that interested in literature, film , music, poetry, writing, pissing, complaining and everything"
---------------------------------------------dipetik dari facebook Projek Rabak

Kebobos juga berterima kasih buat Projek Rabak kerana telah membuka ruang@memberi peluang kepada Kebobos untuk join event CHILL LAH #2 yang success baru-baru ini.

Jadi, entry kali ini ingin memperkenalkan rakan baru Kebobos

1. Cookie Jar

2. ADI ROBAI

3. Dalam pencarian(mugkin anda?)

untuk makluman kepada tiga nama-nama di atas... anda boleh reading/singing/etc a lil bit karya anda di CHILL-LAH #3... sila prepare untuk reading/singing/etc  di event tersebut...anjuran PROJEK RABAK... maybe 7hb MAY ini di ipoh... start 1 petang hingga 7 petang... practise makes perfect...sila confirmkan kehadiran anda segera kepada  admin KEBOBOS

Pokai.

Elaun.Elaun.Elaun.


Please masuk sekarang!
Banyak kerja tergendala sebab pokai.
Suruh buat kerja laju kalot
Elaun bagi lambat
Dia ingat aku anak tauke Aquaria KLCC
bodoh taugeh ada laa.
dapat elaun mcam-macam nak buat
bayar streamyx
bayar motor
settlekan thesis next week dah kena present
langsaikan hutang orang
beli protein untuk si momot
nak holiday dengan teetttt!
kalau macam ni mampoih keras dalam bilik
babi anjing serigala tupai!

suatu hari di Chill-lah,Ipoh.

Baru nak update pasal Chill-lah #2 yang berlangsung sabtuday last week.Baru first time join.Thanks banyak untuk brader-brader Projek Rabak yang bagi peluang untuk bakat-bakat sampah macam aku.Tak lupa untuk geng KEBOBOS yang baru nak merangkak.Takpa-takpa pelan-pelan kayuh.Apa orang nak kata mampoi pi.

Mulanya hanya tau desas-desus hakim dan ayie nak buat buku bagai.Pastu depa ajak aku.Aku on ja sebab aku minat kalau benda sampah-sampah ni.Hoi!tak sampah sangat la.Tak semua orang minat buat benda macam ni tulis puisi/sajak/cerita pendek/kompos lagu/nyanyi.Tapi aku tak reti buat cerita-cerita nusantara best macam ayie.Dia power.Tapi dia pengecut nak reading masa event tempoh hari.hehe Padahal dia tersangatlah power macam brader Pipiyapong.Cuma dia yang tak konfiden.Ok aku berletiaq kat hang ayie dan  tengah merajuk 200hari.Please take note.

Mula-mula cuak tapi lepas 2minit dah ok.Tapi tak power sangat la macam orang lain sebab aku baru eksiden malam tu.Alasan paling munasabah yang mampu bagi.Dahla busuk,gemok,kaki balut,kuat merajok,bangang pulak.



tengah baca sifir 14


tak percaya tengok kaki

brader Pipiyapong dan cewah

sebelah pyanhabib rahman kot!otai berbaju hijau kita!


tudia encik jayzuan dan adiknya hakim.hehe ayie dan pali naim yang malu bila berdua.


Overall event berjalan dengan sukses!Kaki cacat bukan alasan.Tak cukup masa bukan alasan.Pengecut pun bukan alasan.Sian kat ayie dok ngata hang dari tadi.Ok lah.Usai sudah untuk kali ini.

::JANGAN LUPA JOIN KEBOBOS KALAU NAK SECUN MARIA OZAWA DAN SEKACAK JOHNY DEPP.babai.