Thursday, March 17, 2011

homework anak aku

Hari ni aku nganga dekat opis lepas settlekan semua homework anak-anak makcik yang kerja satu ofis dengan aku.Eleh setakat buku skrap budak darjah3 dan 6 suruh aku buat tutup telinga sebelah pun kejap ja boleh siap.Copy paste sudah.2jam untuk siapkan kerja anak dia.Aku tak mengharapkan apa-apa balasan pun.Cukup la belikan cucur bom yang terhebat kat Gurun pun jadilah.Tapi ak tetap tak harapkan apa-apa.Ulang sekali lagi TAK HARAPKAN APA-APA.


Aku sambung kerja thesis celaka tu balik.Entah berapa hari dah aku tinggal terbengkalai.Calculate sikit buat-buat nampak macam busy.At least tak ada la orang nak pass kerja baru kat aku.Tak mau balik lewat.Tak dak gaji OT.Hina sungguh!Aku pasang lagu-lagu yang ada kat handphone.Tak tau berapa lama aku tak update lagu-lagu baru.Still ada lagu indie yang aku rasa bosan nak mati bila dengar.


Tiba-tiba lagu MAWAR KHAYALAN berkumandang.Argghh!sakit kepala dengar.Sekali tak sempat aku nak tukar lagu lain,makcik yang kasik homework anak dia tu komplen daa.."lagu apa Amar dengar ni?sakit pala kak dengaq!",kata makcik tadi.Nak gak panggil makcik even dia bahasakan diri dia kak.Aku tak kejam kan."Ok-ok Amar tukaq".Padahal dalam hati aku menyumpah.Amboi aku buat kerja anak hang pun dah cukup elok lagi mau banyak komplen.Tapi sakit kepala betul pon.Aku setuju.


Malam ni aku tumpang rumah sewa trainee yang lain.Malas balik rumah sebab malam ni ada misi terancang yang perlu diselenggarakan.Esok aku story lain.


Buah hati aku masuk hospital dah berapa hari tapi semalam baru dapat tau.Tak useless sangatkan aku?

Wednesday, March 16, 2011

bisu,keliru.

Keliru
keliru.


bingung 
bingung.


aku bukan tak ingin 
tapi aku tak sampai hati


hati aku dengan kamu
tapi hati dia dengan aku


bijakkah aku?
patutkah aku?
kejamkah aku?


aku kuat tapi cepat
untuk tumbang


macam mana dengan kamu?
macam mana dengan dia?


aku tetap bisu keliru
Celaka punya perasaan!

Tuesday, March 15, 2011

lebih bagus bisu

jemukah dengan diri ini
diam membisu haram ditegur
bukan ini mahu ku
mungkin ini mahu mu


biarkan.
biarkan.
usai dulu,ya aku kisah
sekarang,lantaklah!


aku tak rugi
kau pun begitu


kita sama-sama merasa.


seraya itu,"Selamat Jalan Romeo"..



suka Tunas Mekar ;P

Aku rasa hebat sekali hari ni sebab kerja overtime.Tapi elaun tetap sama hokay.RM500.tiada RM500++.Kan betul aku cakap.Kalau tak ada kerja,urat tidur sampai putus aku kerjakan.Menanam kerajinan dalam surau.Bukan solat dhuha tapi kroih!kroih!zzzzzz...
Tapi kalau ada kerja,sampai beratur ha punya tak bagi aku buat emas mata.Jeles!Sungguh jeles!Mata bertukar panda.Rasa macam comel jugak.Tak payah pakai contact lens.hah??
Layankan aja.

Rasa suka Puan Bahijah mai melawat hari ni.Rasa macam bukan Pn.Bahijah yang dulu.hehehe teettt!!
Beliau tak tegur aku bukan-bukan lagi.

"Muka saya dah nampak baik budiman ka Puan?,Tapi tetap anggun macam dulu jugak kan?"

Teringin nak cakap tadi tapi..$%^&*)())


Semalam aku mimpi ex.Tak tau apa motif.ok sekian.

Monday, March 14, 2011

aku sama ka dgn hampa?

Aku semakin menghampiri garisan penamat.Tak sampai sebulan untuk habiskan internship.Gilo laju masa!


Konon-konon nak sambung ACCA lepas ni.Tak tahulah.Insyaallah sambung.
Mac.Aku suka Mac.Tiap-tiap tahun aku tunggu Mac dimana mak aku cukup 9bulan mengandung dan dengan jayanya melahirkan cahaya mata.
Nah!keluarlah baby yang paling comot kat alam semesta ni.Maaf,aku memang low profile orangnya.Tak suka berbangga mengangkat diri melangit.hihi


Mungkin tahun ni aku berjaya memaksa rakan-rakan budiman bagi present sebuah laptop mac?Gilo ka mung!mac donald pun belum tentu dapat berangan macam pak pandir mengidam viagra nak besarkan buah.
Tapi bulan ni buatkan kepala aku macam nak terbakor!Penat!Dulu awal-awal tak rasa macam ni.Memang la dulu aku hanya duduk goyang kaki ala-ala Zaiton Sameon.Dulu tak kenal dan tak bersedia nak berkawan dengan akak thesis tu.Sekarang,gelabah la hang!Siap mimpi akak thesis ajak aku minum petang sama-sama di ladang teh.Oh,betapa permainya jiwa!
Kertas sana sini rasa macam kerja dekat kilang pencetak Harian Metro.Pening.
ok aku tipu.Aku hanya buat thesis cara aku.Cara lama aku.Buat kerja sambil meniarap sambil kentot ala-ala angin sepoi-sepoi bahasa.


Penat.Penat.Penat.
Hendak tidur.Kompem mak aku bising tidur time maghrib.Takpa la.Kejap aje.zzzzzzzzzzz.


Selamat malam,Faizal tahir.