Thursday, February 24, 2011

Lidah bukan ludah.

“Lidah tidak bertulang,salah petik jiwa hilang”

Kasihan lidah.Acap kali hang kena tuduh macam-macam.
Sebut pasal lidah mesti terbayang-bayang yang jahat kejam.Kalau mulut yang jahat orang tetap salahkan lidah.Padahal mulut yang bisa.

Kadang-kadang lidah ini orang cakap hang gengster.Suka cari gaduh dan melaga-lagakan orang.Orang kata kalau nak bermadu asmara pun mereka guna lidah.

Aku rasa hang pun tak faham apa yang mereka maksudkan itu.Aku lagi tak faham otak blur bila dengar langsung tiada idea.

Walau jahat mana pun hang,busuk mana pun hang,aku tetap suka hang,cinta hang Lidah.
Hang comel,lembut dan baik hati.

Hang selalu bagi aku kenikmatan yang tiada tolok bandingnya.Hang bagi aku nikmati semua  rasa-rasa yang wujud atas muka bumi Tuhan ini.Manis,masam,masin,pahit.

Cuma aku selalu gelojoh tak pernah hiraukan perasaan hang apabila menjamah makanan.Kunyah tak ingat sampai lenguh badan hang aku kerjakan.

Ampunkan aku lidah.

Kalau boleh aku mahukan hang seorang saja.Aku tak mahu yang kedua atau keseribu sekali pun.

Ibarat lidah bercabang yang boleh merosakkan hubungan hang dengan aku.

Hari ini aku kurang sihat.Aku demam.Mungkin hang merajuk dengan aku.

Hang dah tak bagi aku hidup sempurna.Aku dah gagal menikmati rencah makanan kegemaran aku.Hanya tawar dapat aku rasa.

Ampunkan aku sekali lagi lidah tercinta.

Mulai saat ini aku berjanji akan jaga kesihatan sebaik mungkin.Aku harap hang kembali ke pangkuan aku semula.


Yang memujuk,

Tuan empunya lidah.

elaun buta saja

Stocktake yang berlambak-lambak menggunung lagi.3hari pun  tetap tak cukup.Apa nak jadi?Label barang salah,kod salah.Macam mana nak cari?Kami bukan robot.Kami manusia yang kadang-kadang sifat pemalas yang tebal setebal daki bawah dagu.haih!Bila tekanan memuncak,tutup mulut pen,tutup fail,tutup mata.Mana lagi surau la jawapannya.Berbantalkan sejadah beralaskan karpet gebu.Nyamannya pendingin hawa mengalahkan puncak Cameron Highland.”Seeddaaap”..Lupakan dunia,”here i come” mahligai mimpi.kroih!kroih!zzzzzzzz.......mari makan elaun buta.

singgahsana kupu-kupu malam

Selangkah benua kau jelajahi
seperti musafir yang berhati tikus
entah apa tujuan kau ke mari 
tak pernah dihirau ribut mendatang.


Usah mngerti emas permata
jati mereka diusung merata
harga diri usah ditatang
rakus diterokai si bolos kejam.


Malam dingin keringat dikerah
hanya lorong malap destinasi kau
tumpuan si bolos ganas menerkam
dunia menyepi nafsu menggila.


Jalan kotor hina kau terjah
arah yang pasti tiada penghujung
kemahuan kau kepuasan mereka
sandiwara memukau jadi taruhan.

Wednesday, February 23, 2011

Si Tembok Margarita

Kala ini lapang dada kau datang
Dulu mati-matian kau menentang
Aku bingung
Jiwa kosong.

Aku masih membutuhkan secebis kocek masa
Cuba  jelajah pelusuk amarah naga kau
Mana pergi?
Mana pergi nafsu syaitan kau?

Pergi `kau dengan kencang dendam itu
Aku kaku membatu biarpun dipalu
Hanya Maha Kuasa jadi penguat
Mencari  kesucian dalam jiwa tercemar.

Lupakah kau pada hati kejam kalah diktator?
Hati aku tertusuk dengan peluru bicara kau
Aku bagai merasa mati
Mati untuk menelan kecewa

Takdir dan karma tak pernah menipu
Ingatan sengkek aku telah lama basi
Siapa nama kau?
Ah,pergi mampus.

cirit dimana-mana

Cinta itu kalau secara positifnya kadang-kadang terlalu indah tak dapat dibayangkan seperti kegirangan hati Mumtaz Mahal menerima Taj Mahal daripada suami tercinta, Maharaja Shah Jehan.Tapi entri kali ini aku tidak ingin lagi sebut pasal keindahan cinta haram jadah.Rasa macam nak muntah.Jangan tanya sebab apa aku muntah.Bukan mengandung,tapi muak nak muntah kahak hijau.Sakit hati putus cinta ibarat rasa macam nak berak cirit dalam seluar.Sakit yang memulas-mulas membelit isi urat perut.Cirit pula memang wajib untuk digambarkan dengan hati yang pecah berkecai diselang-seli dengan bunyi yang begitu memuaskan.”Buuueeehh!!,ahhhh puas.”

Cinta kadang-kadang macam sampah yang tersekat dalam longkang.Bersepah-sepah,bertan-tan menggunung kejam.Cinta boleh dapat di mana-mana manusia berada.Cinta seolah-olah pemburu yang terkinja-kinja mencari mangsa untuk dimamah.Jika tersalah arah,terburailah hati.Masa untuk menunggu kedatangan cinta tersangatlah panjang bagai musim berganti musim.Sama macam tunggu bas mara linear dari Alor Star ke Pendang.Tapi cinta meninggalkan manusia hanya sekelip mata.Sepantas jet Boeing NASA X-43 memintas angkasa.

Namun hati manusia memang cepat berubah.Kesakitan yang dirasa bagai naga menggigit ibu jari dilupakan begitu saja.Hati manusia kadang-kadang terlalu bodoh.Bukan kadang-kadang tapi acap kali bodoh.Bodoh,bodoh dan bodoh.Membuatkan nasib manusia berada dihujung tanduk.


*hari ni aku terlalu emo,berperasaan dan kecewa.Miena bodoh,bangang,buta tuli.Sekian.

Tuesday, February 8, 2011

Gadis berjubah hijau.

Masa cuti CNY hari tu aku pi Penang.Pastu masa nak balik dan tunggu bus dari Butterworth ke Alor Star orang ramai sangat-sangat.Biasa la cuti midterm memang ramai la students.Jenuh dok beratur panjang nak beli tiket.Mata kalut dok tengok kiri kanan kot-kot ada orang yang dikenali takpun jamu mata kot-kot ada laki hensem.hihi ok takdak pun!Tengah dok beratur tu baru sedar yang belakang aku tu sorang gadis berpurdah hitam dan berjubah hijau.Nampak la cara dia gadis bukan mak orang.Aku senyum je la dah dia tengok aku.Tapi tak sure dia balas senyum aku ke tak.Dah pakai hijab mana nak tau kan.

Ada dalam 10 minit beratur before sampai kaunter tiket.Dah tu takpa la.Aku pun pi tunggu bus kat tempat yang sepatutnya.Lama lagi kot lagi sejam baru bas mai.Dalam dok tunggu tu gadis berpurdah tadi berdiri dekat sangat sebelah aku.Erk?!"dia ni awat dok mai dok dekat-dekat,dia kenai aku ka?"..Ok abaikan.Maybe dia nampak aku macam selamat kot.hehe Ka nak buat kawan baru..Dah la dok diam ja dari tadi.Memang la dah tak kenai.Tak tau berapa kali aku punya dok senyum kat dia.hahaha 

Pastu dalam sejam lebih jugak la tunggu bas sampai.Naik laju-laju tak mau heran orang lain dah.Hangat gila kot peluh dah keluar berjurai-jurai dah.Bila dah dapat tempat duduk fuh! lega.Nyaman aircond terasa menusuk kalbu..Sibuk dok adjust tempat duduk,sekali gadis berpurdah tadi mai dok sebelah aku lagi la..
Why?Mengapa?Bukan tak suka tapi pelik..Dok ikut aku dari tadi.Ka aku yang perasan.Dak-dak tengok seat kosong banyak lagi.huhuhu Nak cakap tapi dia diam ja.

Dah sampai Alor Star,gadis berjubah dan berpurdah tu turun kat Pekan Rabu.Aku jengok laju-laju kot tingkap.Sekali hilang daaa..Maybe aku tak sempat nak tengok la tu.haih heran.Pi mana padahal aku dok tunggu dia turun bas punya nak tengok dia pi mana atau ada orang mai amik dia.Tapi taktau hilang macam tu ja.

Lantak la.Kalau pikir balik rasa semacam gak.taktau!taktau nak cakap...zzzzzzzzzz
Tak da pa pon aih!

lebih kurang macam ni tapi tudung n purdah kaler hitam n berjubah hijau


kerja meniup.





Macam biasa ulang-alik highway Gurun-Pendang,Pendang-Gurun pi tempat intern.Macam-macam gak jadi selama aku dok berulang dalam 2 bulan ni.Tak larat nak kena kacau dengan abang lori ayam,abang keta pokcheh,abang motor jerawat 81!kenapa 81??..Tarak mau heran..haha Tak kisah pun.tunjuk peace sikit depa blah la.Dah abih rasa puas la macam tu?!


Tapi hari ni sakit hati gila.Mau tak sekali ada sekor kereta ni dok mai himpit-himpit rapat ke bahu jalan.WTHutan!Pastu orang tu drive elok balik.Pastu dok jadi lagi macam ulaq kena palu.Padia mamat ni mabuk ka petang-petang buta ni.Ke mengantuk pas balik kerja.Ok ak pun geram sangat terus potong dia.Sekali....ALAMAK!!!

Bukan mabuk la,bukan mengantuk la,bukan tengah cabut misai la..Nampak kepala awek rmbut panjang dekat !@#U$# dia.Weeehhhhhhhh!!!Patut bawak slow semacam plus bawak macam tangan tergeliat.Tau??kalau tak tau boleh pi tanya kucing hang kat rumah depa tadi tu buat apa.haish,,OK.tak mau cerita banyak-banyak.nak offline terus,daaaa..hahahahah 


Boleh kalau ya pun boleh jangan time drive.Kalau langgar aku tadi macam mana??Nak ajak aku join sekali ka??Hangat-hangat boleh dok buat perangai.Elok!!Pi kahwin cepat-cepat la brader..









Thursday, February 3, 2011

kisah mat bangla KOSHONG!KOSHONG!

Lately ni kerap gila dapat message yang tah hapa-hapa.Semalam mak aku dapat message ni.


"Ni ayah guna fon police tolong bagi
 credit maxis $50 ringgi ke nombor bru ayah 0128114817.
Ayah lgi ada masalah kat balai police.
Ta payah call,sekejap ayah call".

from:628991767695

sebijik ha aku copy paste.haha Mak ai nak tergelak terok lepas baca message yang ada kt inbox hp mak aku ni.Ayah mai mana?Tokwan aku dah setahun lebih meninggal.Kalau dapat kat aku benda alah ni taktau la nak cakap pa.Arwah bapak aku meninggal dh nk masuk 5tahun pun.Sah-sah aku reply balik "Pala bapak hang!"
Macam-macam taktik depa guna nak cekau duit orang.Depa memang sindiket geng bangla dan indon boyan.Yang ni memang sah-sah bangla yang tulih message.Try baca dalam dialek depa mesti jadi.RINGGI pon boleh!AYAH LAGI ADA MASALAH,SEKEJAP AYAH CALL.Macam &**^$@!hahahah
Dah tu nak sampai 50 hinggit!Pak hang mintak dalam 10 hinggit tu takpa la gak!Ni dah tak sabaq-sabaq nak cekau banyak terus!

Memang banyak kes orang dah kena tipu.Especially orang tua-tua,orang kampung hat taktau papa,student.
erk!student??macam terasa ja.hahahah wehhh!!!budak umah aku dan kami serumah pernah terkena kot tapi hat ni indon punya geng.Memula dia call izat cik pipi.Dia cakap izat dapat rm5000(tak silap la) dan dia suh p check kat akaun dah masuk ke tak.Tudien kami pun style percaya baq hang.Awat yang jado bodo taktau.

Cey punya dok berangan suh Izat sponsor pi genting segala bagai.TUP-tup!!mohong ja.Rupanya dia just nak tau no akaun ja.Bila tau senang la depa nk hack and curik duit dari akaun orang.Yang izat n yan ni pun bijak sangat pi call mamat indon tu siap marah-marah lagi awat duit tak masuk pun.hahahaha 

Gaduh punya gaduh sampai dah mencarut semua,last-last mamat indon tu kata kami pelacur and nak wat teeettttt!!!WTFruit!!!Kami pon loud speaker balas kaw-kaw punya sampai sebut ko^&$ semua.hahah gila nak tergelak siap record lagi kot!Gelak guling-guling kalau dengar balik,GAHAHAHAHA!!

Dah tu mamat tu ugut nak mai umah sewa kami.Yang takutnya,kami dah terbagi alamat rumah sewa.Mau tak gabra.Buatnya dia mai betoi mampoih!Pastu geng rumah ni na pi buat report polis.Pi pulak balai polis kangaq!mau kena ceramah 2-3 ketoi!terasa macam bongok gila!!arrgggghhhh!!awat taktau!ni semua izat punya pasai.hohoho End up dengan hari yang perot kosong sebab kalot dengan mamat indon yang nak bagi rm5k tu.hahaha Zaman la ceq sapa nak bagi free ha??!!

yan jadi hero

Tuesday, February 1, 2011

ampun pak!!


"Weh!serius malu bedo!!Boleh aku sorang ja taktau nyanyi kat situ.kata jaguh karaoke!!"
demm!!

Pagi tadi ada ceremony engagement staff dengan CEO.Alamak!kena pi ka??Aku dah la tengah dok kampoi nak buat proposal tu.hihi buat proposal kat tempat keja senang.takda gangguan langsung.

Bila Kak Liah Rafalli tanya, "Amar,ada keja dak tu???"..."ada-ada.baaaaaannnyyaaakkk sangat kak liah!",jawab aku dengan spontannya.hihihi memang banyak la dah baru start introduction.Pas raya cina nak kena submit dah.

Ala satu opis pi engagement tu,takkan aku takmau pi boring la dok sorang.Ok.Terpaksa join jugak. -_-

Pumpang-pumpang depa punya speech berjela-jela.Tibalah masa nak nyanyi lagu tema Petronas.Aiiiiii!!(cara wani getah cakap) ada noo lagu depa.taktau lak.huhuh malu bongok!time semua orang dah berdiri nak semangat nyanyi aku tengok je la sekeliling.

Nohorom!semangat ha depa nyanyi.hihihi aku sumpah tak pernah tau apatah lagi nak menghafal..ARRRGGG!!aku bisu ja.ada 2-3 ketoi orang dok tengok aku pelik.Mesti depa kata aku ni gigi buruk sebab takmau bukak mulut nyanyi.hehe 

nak nyanyi pa dah memang taktau..MAAF hincek CEO.huhuhuhu lain kali ceq hapai la.Pasni karok sama-sama tau!ulang sepuluh kali takpa!cana ok???


*oke.oke.tengah hafal la ni. :(