Sunday, January 16, 2011

wishlist..

Rasa dah tak sabar sangat nak naik Bungy Jump dekat Extreme Park,Sunway Lagoon.Teringin sangat-sangat.Ada sesiapa boleh tunaikan permintaan aku tak?Nak..nak!!


Vortex kat Pesta Penang dah try.Pusing 360 darjah non-stop ikut clockwise dan anticlockwise.TERBAIK!Gayat tu Tuhan ja tau macam mana.hehe.


vortex


Solero shots kat Genting pun dah pernah naik.Yang ni pun seram der.hehe masa naik kat atas tu takpa lagi.Masa nak turun tu,hahahaha gila laju kot!Rasa macam tertinggal bontot kat atas tu.Tapi yang ni kejap je tak macam vortex.Vortex tu sampai nak terberanak pun dia tak mau berhenti.huhuhu grrrrrr..



ok..tapi Bungy jump je belum.B..nak yang ni..huhu(buat sora manja plus gedik sikit)..pleassee!!
Kat sunway nak naik RM130.Tapi kalau ada Mykad dapat diskaun 40% of cos la kan.Murah banyak kot bhai!haha Mampu-mampu!Awak,saya nak yang ni je.Tak payah bagi bunga.SAYA NAK BUNGY.hehe






Syok gila!!!


sumber:google dan blog orang.


Awek lasak!

Saturday, January 15, 2011

my cashflow as at jan 2011

REVENUE:                               RM


Ptptn                                    3250
                                   
Petronas's allowance                500
                               


Total                                      3750




EXPENSES:                             


Uitm's fee                               500


Motorcycle                              124


Streamyx                                  60


Shopping&Entertainment          200


Debt                                       350


Total                                     1234




Savings                                 2516






::takpa la tak mau cakap pa..huhuhuhuh -_-


bkn shopaholic

credit to hazz RC..

kepada kekasih pujaan hati FAIZAL TAHIR,


aku seorang SEMESTA yang HANYUT dengan MUZIK SELAMAT MALAM,
namun GEMURUH ADRENALINku datang tatkala lagu BATU DAN GOLEK berkumandang,
Seperti KARMA dalam kehidupan,
ramai yang BENCINTA kepada mu,
tetapi aku masih disini KERNA KAMU SUPERHEROku,
MUNGKIN KU TAK BISA mengahalang mereka kerana KASIH TERCIPTA antara kita cukup SEMPURNA dengan MAHAKARYA CINTAmu,
MESTIKAH ADA YANG LAIN selain dari mu?
aku akan terus CUBA menantimu SAMPAI SYURGA,
hingga AKU PUNYA KAMU..



love ROCKENSTEINER


kebetulan???

teruja tengok.Boleh dipraktikkan ni dikemudian hari..hehehe




















ops!!terlucah pulak..hehehe style gila kan semua pic ni.
source:encik google  ;)

Friday, January 14, 2011

piala suzuki ala-ala LIAH RAFFALI..

"WEEEWIITTT!!!WOOO!!WOO!!"..sebenarnya takda motif pun dok jerit terlolong macam sakai ni.hehe hari ni SYOK dan PUAS..comolot sikit!mwuahh!Dok seronok apa taktau macam orang kena taun.Eh?
Mungkin sebab hari ni bos takda dia pi meeting kat KLCC.Yeah!boleh mengulat sepuas hati.Erk?bukan hari-hari ka aku mengulat.Ah,tak kira hari ni lebih sikit tahap 'kemengulatan' tu.hehehe Syok punya syok sekali ada orang mai bagi kerja la.


"Amar,ni bos pesan.Dia suruh Amar edit annual report ni just tukar nilai-nilai je",kata kak Liah Raffali kepada aku."oh,eh.ok boleh-boleh!",getus aku dengan selamba.(padahal dalam hati,"oh shit.bosannya.kenapa dia mai bagi kerja"..)


Orang ofis bagi nama baru kat aku.haha.Jangan jeles ye.Amar??lagi better dari orang yang panggil aku Lina.Gila pa tak masuk akal langsung!Takpa la kerja depa dah bagi jadi layankan jela.Buat punya buat sampai mata nak juling tengok nombor juta-juta sangat depa ni untung.Mai bagi komisen sikit takpa gak.huhu Tepat pukul 5 petang.Kerja tak siap sambung esok.Yehooo!!Futsal time!Tukar baju laju-laju macam Superman nak selamatkan tahi lalat Sharifah Aini.Kenapa dia??Takpa abaikan.


Futsal.3 team je pun campur trainee dengan staf.Tapi bukan staf veteran la.Main semua yang badan dok bergetah lagi.hahaha auww!Main punya main gelak punya gelak tup-tup geng aku menang.Ala aku defender pekak ja.Tepis-tepis mana patut ja.hihi Pukul 7 lebih habis semua game.Saat yang ditunggu-tunggu dah tiba.Upacara penyampaian hadiah la pulak.Tudia..Ingat menang RM1k atau dapat 1 lot tanah.Rupa-rupanya depa bagi yang ni ja..




hoih ni pun dah kira sempoi terok!bukan yang ni lah!!!




Ni yang betul-betul punya!ni la "tupperware" tu..hehehe JIRAPAH tu comel kan?besaq..boleh isi hamster 10 ekor.Jap abaikan kotak piza kat sebelah tu.Tah sapa dia makan tak tinggal kat aku pun.Syukur Alhamdulillah.Hadiah tak penting,moment tu yang mahal sebenarnya.cecey dan-dan.hahahaha
Syok woooo praktikal kat sini..;P




hati suka.awak?

Thursday, January 13, 2011

buanglah lemak di perutmu.

Akhirnya aku berjaya pergi ke gym jugak setelah lama ditangguh-tangguh.Selepas ni tau la tempat mana yang nak dituju lepas balik kerja selain berfutsal.Bukan nak buang kalori sangat pun sebenarnya.Cuma dah lama tak aktif.Mandom ja setiap masa.HUHU.Lama sangat dah berhenti semua ni.Sekarang dah sampai masa nak keep up stamina aku balik macam dulu.Thanks Petronas Fertilizer sebab bagi aku main free hari-hari.hehe.Semalam aku just guna trademill dan benda kayuh-kayuh yang macam basikal tu.Dah tak ingat berapa kalori yang dah hilang.Miena,kurangkan makan 'ice cube'..Nanti perut anda akan bertambah parah!huhuhu.Baik la.aku ikut cakap anda,cik HATI.


rindu hoki.

Wednesday, January 12, 2011

Interlok???

Sejak minggu ni aku selalu sangat dengar dan kerap terbaca pasal desas-desus novel Interlok.Banyak artikel-artikel kat newspaper pasal kewajaran novel ni dijadikan teks sastera untuk student form 5 bermula tahun ni.Ini memang isu terpanas sekarang selain kes Ana Raffali diangkat sebagai juara AJL.hahaha Mai sini nak share serba sedikit pasal background novel Interlok dan juga isu yang dibangkitkan oleh certain pihak.
·         Karya oleh Sasterawan Negara,Dtuk Abdullah Hussain.
·         Diterbit sejak 40 tahun dahulu.(pi kira balik beliau tulis tahun bila)
·         100 penduduk India kat Klang telah membakar novel ni.Depa marah sangat sebab konon-konon plot novel ni menyentuh sensiviti kaum India.
·         Daripada sinopsisnya,teks novel ni based on fakta pada zaman penghijrahan pekerja asing termasuk dari India.Ala sejarah kan dah belajar pasal orang British bawa masuk buruh luar dari China dan India.Depa kan naik tongkang ja masuk sini.Tapi ada certain pihak tukar fakta yang sebenarnya depa mai sini naik flight.(suka ati ja pusing fakta)hehe.Awat tak cakap mai naik submarine ka.Lagi la orang tak percaya.
·         Penulis ni ada cerita pasal situasi dalam tongkang tu bersesak-sesak bagai antara Brahmin dan Ksyatria.Secara positifnya,penulis tu nak habaq nilai-nilai murni yang depa ni sanggup tempuh cabaran untuk ubah taraf hidup even berbeza kasta dan bersusah payah menempuh onak duri demi mencari sesuap rezeki.Tapi secara negatifnya,depa salah faham dengan apa yang penulis tu nak sampaikan.Kononnya macam menghina la sebab dalam novel tu ada tulis perkataan ‘paria’.Depa kan sensitive bab-bab macam ni.
·         Sepatutnya,novel ni boleh menambahkan pengetahuan sejarah bukannya pi bakar novel tu ‘all pakciks’ sekalian.Kalau sakit hati better tak payah baca.

::Tetiba rindu nak baca novel Kapten Hasan Wira Bangsa time SPM dulu.haha padahal tak pernah pun baca sampai habis.

suka subjek geografi.