Friday, January 7, 2011

cun sunggoh noo!!

semalam waktu kat ofis.ada geng makcik-makcik ni.depa dok baca paper time tengah rehat..selalunya aku akan join sekali tengok topik hangat nak gosip-gosip.haha.tapi hari tu tak sebab aku banyak sangat kerja nak bagi siap before balik satgi.so aku pun go on jela dengan ngadap pc sambil kunyah kacang.dan curi-curi pasang telinga nak dengar depa sembang pa..sebok gila kan?sapa suh depa cakap kuat-kuat..hihi tiba-tiba rasa lucu pasal satu benda ni.


makcik W: "laaaa..yang ni adik shasha tu...


kak N: "ha?awat sapa dia??"


makcik W: "dak,,dia adik shasha elite hat nyanyi lagu tamparan wanita tu..dia ni hat berlakon drama petang-petang tu,,hat men dengan fasha sandha tu..."


makcik J:"oooo segak noo muka mix cam omputeh!"


makcik W:"hhaaa tu la..tapi hat ni bukan handsome tapi dia CUN!!!"


kak N:"toi dia ni CUN noo..."


terus aku pekup mulut aku kejap-kejap satgi tergelak sorang-sorang mampoih depa kata aku mereng.HAHAHAHAHAHA.laju-laju aku pi lari kat depa nak tengok laki mana hat CUN sangat tu..hat berlakon dengan fasha sandha tu...ooooooooo rupanya.......






yang ni depa dok sembang dari tadi tu rupanya..hahaha ni bukan cun TAPI jambu..maybe depa nak kata jambu tapi tak ingat kot..laki cun!!hihihi jambu-jambu pun tengok ah tough gila kot!!haha makcik ni la nakal ye!!sambil gelak dalam hati aku pon sambung buat kerja balik sambil tersengih macam kerang wangi..hehe




tough tu sgt sexy!

Tuesday, January 4, 2011

kau ke gi-pang???

kepada seseorang yang rasa dia gi-pang aka gila pangkat,

ni nak habaq toksah dok pulon sorang-sorang hang boleh?praktikal je kot beb,,.ye..ye time praktikal la kita nak bagi orang nampak buat kerja..betoi la macam tu.bila orang bagi kerja kena buat yang the best,.aku pun nak macam tu.tapi tu untuk kerja individu hang sorang boleh la dok buat camtu.tak sesuai kalau kerja berkumpulan.before buat pape boleh kot disscuss dengan kitorang dulu,aku rasa aku sangat lain dengan time study dulu..hahaha dulu aku banyak mengulat.sekarang tak dah..tempat orang tak leh nak buat kepala sangat.dah buang jauh-jauh dah perangai mangkok hayun penyegan bapak tu.Beb,hang dah la budak 18tahun jangan huru-harakan kitorang kat sini.Engineer yang praktikal kat situ pun tak pulon dan mulot lancau macam hang.Baru study poli je kottt!!kerek cam karipap!haha aku jarang nak marah-marah orang tapi dia ni dah melampau,.Dulu aku dengar je mulut-mulut orang cakap sini sana.sekali kena batang hidung sendiri baru aku tau.Padan muka hang miena.Zaman la mana boleh jadi baik sangat.kaannnnn?? Takpa la budak,selagi hang rasa epi nak buat macam tu sila lakukan lagi.Bodek la lagi.Aku pun tak teringin aih nak keja situ.Hang nak amik semua!tu pun kalau layak la..hehe budak UTP pun belom tentu dapat apatah ;agii...erm malaih nak cakap pa..

nyum-nyum!sedapnya makan daging sedara sendiri..hihihi  ;P



mulut tak selazer hang


Monday, January 3, 2011

mulakan lembaran baru.

Bermulanya kehidupan tahun 2011.Tapi masih belum terlambat untuk aku membuat rumusan peristiwa-peristiwa tahun 2010 yang lepas.

Januari-Arghh!!sedikit tekanan masa ni.eh jap,sikit ke???baaaaaanyyyyyyaaaakkk kottt!!!!hoho Otak dah sampai tak boleh pikir secara logik.Boleh tak aku pi makan benda alah tu..BODO sungguh kau ye miena!Tapi nasib ada kawan-kawan yang selalu tolong aku.Masa ni aku rapat sangat dengan "abah".Dia yang banyak nasihat dan bagi semangat kat aku.THANKS fakhrul.Pastu aku beli handphone baru konon-konon boleh jadi ok la kan..haha tapi hampeh!Ptptn masuk,aku,patin,black,leha dan kak syam pi bersuka ria kat Bukit Merah Laketown.Sedikit terubat sedih aku time tu.Enjoy terok!!haha


Februari-Class kejap pergi dan kejap tak.muka dah macam chipsmore bila nak pi class.baloq liat!huhu pagi-pagi lawan tarik selimut dengan patin.heheh selalu patin yang mengalah.kannn??maca tak ada yang best pun bulan ni.benda yang sama ja.STILL MENDERITA.

mac-Masa ni pernah rapat dengan "seseorang".sapa tak tau?kalau nak tau pi check blog aku yang lama tu pakcik ceriameria..hehe thanks sebab mengisi n berkongsi kesedihan aku dengan hang.Time tak dak boipren lagi.Paling best bulan ni sambut besday dengan kawan-kawan arau tercinta.syok calit-calit kek kat muka orang.

April-Sat tak ingat la benda pa berlaku.Aku ingat da April fool ja.hehe Tak leh nak refresh la still tak ingat.Tapi yang pasti aku tetap MENDERITA.

Mei-Alamak!!masa ni tersangkut dengan seseorang la..hihihi tak mau habaq jugak sapa..thanks sebab sudi datang menyerikan hidup saya even tak bertahan lama.it's all my own fault.yes,i knew it!Bulan ni aku banyak sangat post entry kat blog lama tu..saaangat!

Jun-erm bulan banyak sakitkan hati orang.huhuh S.O.R.R.Y...suka dok kutuk ustaz indhividhual.Start cuti sem.amik lesen motor n keta.Banyak habiskan duit untuk buat benda yang tak berfaedah langsung.tak berbaloi!

Julai-Masa ni worldcup kan weh?tak minat bola tapi tiba-tiba nak terminat kan..hehe Ingat lagi last final tengok kat Anamuda dengan geng classmate yang lain.SPAIN vs GERMANy..Paul the octopus tu yang paling femes.sotong kesayangan fatin zakaria.hehe

Ogos-bulan ni kita puasa kan.syok-syok!bukak posa kat umah sewa lagi best dari hostel.hehe sebab ada orang nak masak kat kita.lauk simple-simple je tapi wahhhh sedap makan ramai-ramai.besaq gak dugaan yang mai time.yang ada dok mimpi dapat perunjuk lah segala mak nenek...haish..bala..bala..pi class hangat-hangat agak tak larat ponteng posa..ish.ish.nakal!

september-yaey RAYA!!hehe bermulanya detik-detik gembira dalam kamus hidup aku.raya ketiga lepak dengan "boipren lama".pastu terus dok wat jatuh cinta pandang kedua.hihi gedik!start dari hari tu "kami" selalu contact..Masa ni jugak paling tak suka subjek SM.hihih sampai yang lukis muka lecturer tu..sapa la yang kreatif sangat tu kan..

oktober-cinta makin berputik.hehe still tak mau bagitau orang lain pasal ni.sampai ada yang nak curi-curi tengok message aku..haha bawak sembunyi dalam baju terus!haha tak dapat..FINAL EXAM menjelang tiba..semua orang nak pulun yang the best untuk last chance punya.daaannnnn jangan lupa musim banjir time ni..ARAU takda ayaq tak dak letrik.amik exam dalam serba kekurangan.baca buku pakai lilin,bekalan makanan kena catu.Vios bapak yan masuk ayaq pastu bagi kering guna hair dryer patin..

November -exam abes!!weehoo!!tapi stil sangat amat sedih nak berpisah dengan kawan-kawan yang lain.gila 2tahun sama-sama sekali hilang camtu je.6 haribulan dah start praktikal.bermulanya kehidupan sebagai wanita berkerjaya.ecece,,hehe macam biasa rutin yang sama hari-hari.bangun pagi.mandi.pergi kerja.balik kerja.penat.tido awal.

December-dah epi terokdengan dia.haha p kenduri kak izat kawen.still rutin yang sama.tak pi mana-mana.p kerja balik rumah.masa yang terhad untuk kekasih hati dan kawan.semua dh dapat balik.hidup dah tak kucar-kacir lagi,.aku dh stop amik benda alah tu.huhu thennnn abissss olready!!!tup2 dah masuk 2011..legaaa..

kesimpulannya,tahun 2010 time paling banyak menderita,tahun kebodohan aku,tahun paling banyak tukar boipren.tahun paling banyak bala bencana.ok that's all.hihihi


memori daun pisang

Sunday, January 2, 2011

tolong ingatkan aku.



Semalam ada orang tu merajuk..merajuk sebab kena marah..ala marah manja-manja jela,hihih nak buat macam mana orang lahir 28 mac ni dia cepat terasa tapi cepat sejuk..Orang tak wat lagi camtu.JANJI..huhu
sorry sangat-sangat.thanks sebab faham orang. :) nah hadiah senyuman manis daripada orang..hehe
 senyum geli-geli.whatever happened tak mau cakap merepek-merepek lagi..i love you.


seribu kali cinta

Saturday, January 1, 2011

Ajal dan Maut.

Al-Fatihah
untuk Faizal Yusof aka Dani Adamaya
Serangan jantung
Pukul 2.30 pm tadi.
:(

*still terkejut berok lagi


semoga roh dicucuri rahmat

miss you sweetheart :(

Petang ahad yg sunyi dari segala anasir
Mungkin tempat lain tak selengang ini
Hanya  suara guruh yang sayup-sayup kedengaran
Langit semakin gelap awan berarak pergi
Menandakan bumi Tuhan akan dibasahi hujan lagi
Hati sedikit tersenyum
Sambil memerhati kawanan sang gembala kerbau pergi
Terbang pulang ke rimbunan sarang
Namun aku tersentak dari desakan lamunan
Kedengaran bunyi “vibrate” datang dari kocek kecilku
Hati sedikit berbunga-bunga
Mungkinkah kerinduan akan terubat untuk kali ini
Ternyata tepat tekaan hati
seteguh ungkapan “ i love you” dari si dia
Biarlah aku seorang saja rasa kemanisan itu
Hanya aku dan dia


syg anda ..















hi 2011!!




Semua orang dok busy memperkatakan pasai skuad bola sepak Negara Harimau Malaya.dan2 semua nak minat..mau kalau kata dulu,semua pakat dok kutuk terok2..malaysia lembab lah,skuad takda harapan lah..tup2!!sekarang dah macam demam bola dah.Otherwise pape pon tahniah untuk hampa semua skuad Harimau Malaya!!zaman Mokhtar Dahari dah kembali!!wee!!yang tak minat bola tiba2 terminat lak kan..hehe to Khairul Fahmi aka Apex,hang bagoih noo..terer tahap super ultraman tampan bola..takpa la depa da Khairul Fahmi,aku ada Khairul Mizan ja..tapi dia tak reti kot nak tampan2 bola ni..gomoi bola rugby dia tau la..hihi nak jugak!!!

Tak sabaq nk menempuh tahun 2011.2010 tahun paling busuk!gud babai ye!hai 2011 sayang…yeay tahun 2011 aku dan mereka akan konvo even kat arau tapi mesti mantap punyalah..kita lambung kopiah grad tu tinggi2 tau jangan tersangkut kat ranting pokok dah..hehe yang berkenaan jangan lupa bagi jambak bunga banyak2 tau!!agak2 yang kata nk bagi tiang lampu kat aku tu mai la bagi..aku setia menanti.hoho hope 2011 tahun yang terbaik untuk melonjakkan diri ke tahap yang sepatutnya..mudah-mudahan amin.. GUD LUCK SEMUA!!


 seriously rindu trok kt hampa..huhu


maintain comei