Thursday, February 24, 2011

Lidah bukan ludah.

“Lidah tidak bertulang,salah petik jiwa hilang”

Kasihan lidah.Acap kali hang kena tuduh macam-macam.
Sebut pasal lidah mesti terbayang-bayang yang jahat kejam.Kalau mulut yang jahat orang tetap salahkan lidah.Padahal mulut yang bisa.

Kadang-kadang lidah ini orang cakap hang gengster.Suka cari gaduh dan melaga-lagakan orang.Orang kata kalau nak bermadu asmara pun mereka guna lidah.

Aku rasa hang pun tak faham apa yang mereka maksudkan itu.Aku lagi tak faham otak blur bila dengar langsung tiada idea.

Walau jahat mana pun hang,busuk mana pun hang,aku tetap suka hang,cinta hang Lidah.
Hang comel,lembut dan baik hati.

Hang selalu bagi aku kenikmatan yang tiada tolok bandingnya.Hang bagi aku nikmati semua  rasa-rasa yang wujud atas muka bumi Tuhan ini.Manis,masam,masin,pahit.

Cuma aku selalu gelojoh tak pernah hiraukan perasaan hang apabila menjamah makanan.Kunyah tak ingat sampai lenguh badan hang aku kerjakan.

Ampunkan aku lidah.

Kalau boleh aku mahukan hang seorang saja.Aku tak mahu yang kedua atau keseribu sekali pun.

Ibarat lidah bercabang yang boleh merosakkan hubungan hang dengan aku.

Hari ini aku kurang sihat.Aku demam.Mungkin hang merajuk dengan aku.

Hang dah tak bagi aku hidup sempurna.Aku dah gagal menikmati rencah makanan kegemaran aku.Hanya tawar dapat aku rasa.

Ampunkan aku sekali lagi lidah tercinta.

Mulai saat ini aku berjanji akan jaga kesihatan sebaik mungkin.Aku harap hang kembali ke pangkuan aku semula.


Yang memujuk,

Tuan empunya lidah.

No comments:

Post a Comment