Thursday, March 17, 2011

homework anak aku

Hari ni aku nganga dekat opis lepas settlekan semua homework anak-anak makcik yang kerja satu ofis dengan aku.Eleh setakat buku skrap budak darjah3 dan 6 suruh aku buat tutup telinga sebelah pun kejap ja boleh siap.Copy paste sudah.2jam untuk siapkan kerja anak dia.Aku tak mengharapkan apa-apa balasan pun.Cukup la belikan cucur bom yang terhebat kat Gurun pun jadilah.Tapi ak tetap tak harapkan apa-apa.Ulang sekali lagi TAK HARAPKAN APA-APA.


Aku sambung kerja thesis celaka tu balik.Entah berapa hari dah aku tinggal terbengkalai.Calculate sikit buat-buat nampak macam busy.At least tak ada la orang nak pass kerja baru kat aku.Tak mau balik lewat.Tak dak gaji OT.Hina sungguh!Aku pasang lagu-lagu yang ada kat handphone.Tak tau berapa lama aku tak update lagu-lagu baru.Still ada lagu indie yang aku rasa bosan nak mati bila dengar.


Tiba-tiba lagu MAWAR KHAYALAN berkumandang.Argghh!sakit kepala dengar.Sekali tak sempat aku nak tukar lagu lain,makcik yang kasik homework anak dia tu komplen daa.."lagu apa Amar dengar ni?sakit pala kak dengaq!",kata makcik tadi.Nak gak panggil makcik even dia bahasakan diri dia kak.Aku tak kejam kan."Ok-ok Amar tukaq".Padahal dalam hati aku menyumpah.Amboi aku buat kerja anak hang pun dah cukup elok lagi mau banyak komplen.Tapi sakit kepala betul pon.Aku setuju.


Malam ni aku tumpang rumah sewa trainee yang lain.Malas balik rumah sebab malam ni ada misi terancang yang perlu diselenggarakan.Esok aku story lain.


Buah hati aku masuk hospital dah berapa hari tapi semalam baru dapat tau.Tak useless sangatkan aku?

No comments:

Post a Comment